Assalamualaikum wbt untuk semua ...

Selamat Datang ke blog aku yang aku namakan ' Two Wheelers are Brothers ' . Singkatannya 2wabs. Maksudnya kenderaan roda dua semua bersaudara, tak kira lah motor ape jua yang korang guna janji roda dua semuanya sama. Lambat atau cepat je sampai ke destinasi masing-masing.

Blog aku ni berkaitan dengan XTVT yang aku sertai bersama kelab ERC Xtreme Kuantan (Elegant Riders Club) .


Kat blog aku ni, aku paparkan kenangan bersama scooter elegan ku di sepanjang tahun. Hanya gambar menjadi kenangan abadi dan menceritakan seribu pengalaman . . . . cheeriooo

Monday, April 8, 2013

PROGRAM BERSAMA AADK PERINGKAT NEGERI PAHANG 2013




Bergambo ramai tayang baju sebelum XTVT bermula

Pada hari Ahad (7 April 2013). Satu Program bersama AADK Peringkat Negeri Pahang telah di adakan bertempat
di Taman Tas Kuantan. ERC Xtreme telah diberi penghormatan mengeskort Menteri Besar bagi Majlis Pelancaran tersebut.
Pagi tu RV di hadapan Pasar raya Terus Maju batu 6 jam 7.30 pagi. Setelah semua tiba (dlm kiraan 22 biji jugak le) dan acara bergambo selesai, semua bertolak ke Taman Tas untuk bersarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Sampai di Dewan Orang Ramai Taman Tas. Motor semua masuk baris. Ramai dah rakyat jelata dah sampai.
Pelbagai Booth pameran dibuka sekitar antaranya JPJ, ADK, RELA dan lain lain lagi.
Acara tarik tali juga diadakan pada hari itu selain pertandingan melukis untuk kanak kanak.
Selesai sarapan, semua ahli diminta untuk mengagihkan hamper ke rumah rumah sekitar taman yang telah dipilih
sebagai menunjukkan keperihatinan terhadap masyarakat setempat.

Jam 12.00 tengahari ahli konvoi diminta pula untuk mengeskort wakil Menteri Besar dari luar taman
untuk masuk ke dalam tapak pameran. Hari itu, semua ahli tersenyum lebar lee...
mana taknya, dah le dapat makan free dari pagi sampai tengahari. Dapat pulak cenderahati dan tambahan BRiM fulus
dari pihak penganjur ... terima kasih, lain kali jemput lagi yekk




Acara tarik tali




Koboi keletihan menunggu ... sampai ter ZZZZ ....

Pameran kete mini

 

MESYUARAT AGONG ERC KALI KE 6 2013

Bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Tas, Kuantan. Mesyuarat Agong Kali Ke 6 2013 ERC Xtreme telah diadakan.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh Encik Kamaruzaman Che Ahmad yang telah dilantik sebagai penaung Kelab ERC.
Jawatan Presiden, Naib Presiden serta AJK yang lain masih dikekalkan kerana cemerlang dalam menjalankan tugas
masing-masing. Tahniah diucapkan.
Kepada Ahli-Ahli baru menyertai Kelab ini, Selamat Datang diucapkan. Moga lebih ramai muka baru yang akan menyertai
XTVT yang bakal diadakan. Semoga Kelab ERC Extreme akan bertambah maju dibawah kepimpinan Abg Din selaku Presiden. 









Friday, December 14, 2012

ERC XTREME DINNER 2012


8 Disember 2012 - Bertempat di Pelangi Beach Resort (bersebelahan Dhe Rhu Beach Resort) Majlis Jamuan Makan Malam ERC Xtreme telah diadakan. Acara tetap yang diadakan setiap tahun (kecuali tahun lepas) adalah sambutan majlis kali ke 4.
Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh Ketua Polis Pahang (Dato’Sharifuddin Ab Ghani) dan dihadiri oleh beberapa wakil kelab lain iaitu GEN2 Club, SEC dan ERC Terengganu. Para tetamu juga dihadiri oleh ahli kelab ERC Xtreme sendiri termasuk ahli keluarga.
Antara acara yang telah diadakan seperti biasa, tayangan slide show, nyanyian karaoke dan cabutan bertuah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Syarikat NAZA BIKE, TITANIUM BIKERS dan NORLIZZ CARE diatas sumbangan yang telah diberikan. Semoga acara ini akan disambut dengan lebih meriah pada tahun hadapan.

Presiden Abg Din sedang memberi ucapan aluan
Majlis merasmikan Logo baru ERC Xtreme





Wednesday, November 14, 2012

1 MALAYSIA BIKE WEEK PUTRAJAYA 2012




11 NOVEMBER 2012 - Aku dan ERC Xtreme join konvoi ke PUTRAJAYA sempena 1 Malaysia Bike Week. Himpunan 5000 motosikal dari seluruh Malaysia. Konvoi ni sebenarnya dah bermula dari perkarangan TV3 menjelajah ke seluruh Malaysia selama 6 hari. Ianya berakhir di Putrajaya dan dirasmikan oleh PM.

Pagi tu RV di Taman Esplanade (selepas SHELL) jam 6.30 pagi. Aku, Bard, Mustakim, Lan Sarjan, Nuar Gilera, Man Cyber, Faizal dan ahli baru Abg Wan Johari (sape lagi ye yg tertinggal aku tak ingat dah). Jam 7.00, MARSHALL Bard kata gerak ke Gambang terus. Sape lambat, follow le belakang, kejor le sendiri. Tiba di Mobil Gambang, bigbike (Pahang Bikers) ada yang dah gerak dulu. So, terus je la gerak ke Temerloh iaitu check point pertama. Perjalanan pagi tu lancar, cuaca pulak cerah, alhamdullilah. Jam 9.00 tiba di Temerloh, banyak bigbike dah sampai dan isi minyak disitu. konvoi aku rehat jap dan meneruskan perjalanan untuk ke check point kedua iaitu Bukit Tinggi.


RV di Taman Esplanade


Opaganam Gilera aaaa style




Dalam perjalanan masing-masin layan koner macam nak rak. Terutama dari Karak ke Bukit Tinggi. Lagi beberapa kilo nak ke Bukit Tinggi, ternampak buah bigbike berhenti tepi jalan. Ingatkan motor dia rosak, rupanya ada sebijik GTR tak sedar sidebox dia tercicir, nasib baik member belakang tak langgar. Kami berhenti la jugak sebab nak tengok.



Nasib baik la elegan ada

 So, sidebox tadi tumpang la dulu dengan aku sampai jumpa tuan dia nanti di Gombak. Perjalanan diteruskan sehingga tiba di Tol Gombak. Setiba disitu, bikebig dah pun menunggu. Ye la koreng kan laju of coz le sampai dulu kan. kalu kita orang yang sampai dulu, baik koreng jual je motor koreng kan  huah huah huah....
Tuan punya sidebox pun dah ada menunggu, cuak je muka... Rm10 hinggit aku kata sebagai upah bawak. Bard lagi jahat Rm50 katanya. Tapi tak dak hal la bro, we are brothers kan sama-sama kita bantu. Motor besor ke kecil ke tetap roda dua sampai jugak ke destinasi. Aku terus bagi kat dia. Senyum sampai ke telinga je bro tu.


 
Boleh bukak ke bro? Janji jumpa balik, kunci boleh repair kan

Tinggal sebelah jerr


Makacih la yeee









Setelah group chooper tiba, kami bergabung dan meneruskan perjalanan ke Putrajaya. kalau nak diikutkan dah lambat ni. Tapi maklum saje la macam-macam hal berlaku, kita tak boleh nak duga kan. Perjalanan diteruskan lagi, dan kali ni singgah pulak nak isi minyak pada yang kehabisan.
Kami meruskan perjalanan hingga tiba di Putrajaya pada jam 11.20 pagi. Kira ontime lagi la tu. Sebab program start jam 11.00 pagi. Setiba di Putrajaya. Dah banyak sangat bigbike dan macam-macam motor dah ada semenjak pagi buta lagi agaknya. Kami terus ke khemah pendaftaran Pahang disebelah pentas besar. Frust jugak pada mulanya bila time nak daftar, dia orang bagitau baju dah habis stok sebab terlampau ramai yang datang (hampir 7000) lebih anggaran.

Tapi kalau nak ikut tak boleh le dia orang buat cam tu kan. Kita dah daftar ikut nama, so kena bagi la ikut nama.
Apa yang dapat topi dan makanan serta nombor pada stiker. Mula-mula ingat untuk tampal pada motor. Aku malas terus tampal pada baju jee (sebab dah frust sangat). Tengah menjamu selera dengan bekalan yang dia orang bagi tu, tiba-tiba sebuah lori sampai. Fuhhh lamak!!! baju sampai leeee.... aku terus serbu, tinggal dulu bekalan. Rupanya nombor siri tadi untuk amik baju. Sape ada nombor baru dapat baju. Ye...haaaa dapat jugak akhirnya.
lepas tu terus sambung makan dengan seleranya.














Friday, November 9, 2012

MY GARAGE SALE



Salam semua. Sebenarnya aku dah buat hampir setiap tahun Garage Sale nih. Bermula tahun 2010 hingga tahun 2012 ni adalah kali ke 3 dah. Sambutannya alhamdullilah, memang menggalakkan. Pada mulanya, memang le cuak jugak nak buat. Maklum saje le kan, barang 2nd nih ade ke org nak beli. Fikir-punye fikir punye fikir, kuat kan semangat aku nekad nak buat jugak. Pakat dengan mem aku, pastikan jadi kenyataan. Kalau orang kat luar negara yang kaya raya tu boleh buat jualan ni untuk clear kan stor dia orang, apsal kita yang tak berapa kaya ni tak bolah buat kan?

So, kat sini aku nak sharekan pengalaman aku buat Garage Sale nih. First step, korang cari la satu hari cuti untuk kumpulkan semua barang/pakaian/peralatan yang rase-rasenya dah tidak diguna atau dipakai. Syaratnya, kena le semua barangan tadi tu masih dalam keadaan baik dan elok. Lagi satu bersihkan le sikit supaya ianya tak berhabuk dan ditempatkan dalam bakul/bekas besar. Yang pakaian kumpulkan dalam satu bakul atau dihangerkan. Pastikan tiada yang koyak atau dah reput, kalau tak sape nak belikan. Yang dah agak- agak tak boleh pakai tu korang declare jadi kain buruk je la. Begitu jugak dengan barangan yang betul-betul dah rosak kira masuk ke tong sampah je la. Maksudnya barangan/pakaian mestilah berada dalam keadaan elok bagi kegunaan orang lain.

Next step, korang tempah le satu banner yang bertulis GARAGE SALE / JUALAN GARAJ (macam dlm gambar atas sekali tu). Kalau ada budget, tempah le size besor sikit lagi baik. Baru le orang nampak dari jauh. Kemudian stiker harga (tagging sticker yang bermacam kaler tu) boleh la dibeli di kedai alatulis atau di MYDIN (kalau nak murah) untuk dibuat tagging harga pada setiap barangan. Ini bukan ape untuk memudahkan kita jugak supaya tak terlupa harga pada barang tersebut. Atau nak lagi senang satu barang berharga RM1 letakkan dalam satu bakul supaya tak tercampur dengan barang yang lain harganya. Tapi biasenya kalau dah ramai-ramai tu sure tercampur jugak masa pelanggan tengah pilih, seeloknya tag le, untuk memudahkan korang jugak.

Barangan kaca boleh letak di dalam rumah bagi mengelakkan dari pecah

Barang elektrik jugak boleh display dalam rumah

Setelah semua barangan telah anda kumpulkan, tagging dengan tag harga tadi mengikut harga yang anda fikirkan sesuai  (jual murah-murah dah lee. Tshirt dlm RM3 ke RM5 sehelai sure berebut orang nak beli). Letakkan ia ke dalam bakul dan susun elok-elok. Asingkan setiap barangan, contoh : Mug / Aksesori / Pinggan / Mangkuk.

Step seterusnya. Setelah semuanya selesai, cari lah satu atau dua hari (seloknya hari cuti dan hujung bulan le time gaji) untuk melaksanakan Garage Sale nih. Jangan lupa design kan sikit pada pamplet/risalah Garage Sale korang tadi. Masukkan tarikh / tempat / masa /alamat / pelan umah sekali pada pamplet korang tadi. Lepas tuh ... heheh korang upah le anak ke adik korang ke mintak tolong dia orang edar pamplet tu tadi sekitar taman rumah korang. sebagai upahnya bagi le sesepuluh hinggit (penat wooo... satu taman tu nak kena edar)
Lagi satu kalau ada budget lebih boleh le beli satu kanopi kecil (seperti dalam gambar) untuk menampakkan lagi adanya jualan di Garaj rumah anda. Susun cantik-cantik bakul / barangan/ pakaian yang hendak anda jual tadi supaya nampak menarik.Juga jangan lupa menukar wang kecil sepert RM1, RM5 dan RM10. Ini penting supaya anda tak kelam kabut nak tukar duit bila pelanggan bagi duit besor. Plastik bag juga perlu disediakan bagi kemudahan pelanggan. (besar/kecil)


macam-macam barangan boleh dijual
pelbagai mug
pelbagai kasut
aksesori
susun cantik dan hanger kan pakaian

Barangan kecil letak setempat dalam bakul
Kalau korang rajin. Sediakan le sedikit minuman/makanan ringan buat tetamu/pelanggan korang tu. Sambil pilih barangan dia orang boleh jugak santai-santai sambil minum minum ....makan makan, dan layan le pelanggan korang sehabis sebaik mungkin (untung-untung dia orang datang lagi esoknya). Bagi menawar harga pulak, korang letak le harga semurah gilerrr ... sampai pelanggan pun tak sampai hati dah nak tawar.Ala bukan rugi pun kan, kuar modal pun tak banyak. Kalau tak habis jual boleh repeat balik pada Garage Sale akan datang pulak. So, selamat ber GARAGE SALE pada yang belum dan akan memulakan satu perniagaan baru ini. Cherioooo ......



Gantung pakaian dengan hanger